Tuesday, September 2, 2014

Cabaran 30 Hari: 5 Cara Memenangi Hati Zayani Zulkiffli

Assalamualaikum.

Demi menyahut Cabaran 30 Hari yang dianjurkan oleh Sue Izza. Jadi, setiap hari akan ada 1 cabaran bermula daripada 1 September 2014. 

Cabaran Hari 2: 5 Cara Memenangi Hati Anda
Aku assume ni untuk bagaimana lelaki nak memikat aku la kot.


Cara 1
Penyabar dan memahami. 
Untuk menakluki hati aku, cewahh, haruslah banyak bersabar sebab selalunya perangai aku ni cepat bertukar. Kejap marah, kejap sayang. Maklumlah, orang hormon tak stabil.

Cara 2
Tahu batas dan hormat-menghormati.
Dia ni kene tau batas, jangan nak cemburu tak tentu pasal. Dia perlu faham jugak kerjaya aku yang memerlukan aku untuk berjumpa dengan ramai pesakit, dan mungkin perlu sentuh mereka.

Cara 3
Berfikiran terbuka.
Dia perlu berfikir di luar kotak dan berfikiran terbuka sebab selalunya orang tak boleh faham cara aku berfikir. Bila masuk ESCAPE room je cara fikir aku ni sangat membantu. Orang susah nak faham aku.

Cara 4
Komited. *Betul ke ejaan?*
Tunjukkan komitmen yang serius dengan aku, jumpa family. Kalau tak serius, cakap tak serius. Ni kau dah ada anak dengan bini pun masih nak menggatal. Baik tak payah kawen dulu. Opps!

Cara 5
Aku mencari suami, bukan boyfriend. 
Kawan biasa pun ada batasnya. Sebab aku plan, kalau boleh nak nikah sebelum umur aku 23 tahun, sekarang aku 21 tahun.

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

 

6 comments:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^