Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari: Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Hai! Selamat pagi semua :)

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi singgah dah baca blog aku. Okay, untuk topik cabaran hari ni memang aku kene perah otak sampai ke subconscious mind aku untuk ingat balik apa kenangan lucu masa aku budak-budak tak matang lagi dulu :D

Cabaran Hari 11: Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak


Sebenarnya banyak kenangan lucu, best yang aku ada zaman kanak-kanak dulu. Tapi, yang ni paling kelakar yang kalau cakap kat family aku, semua boleh ketawa balik sebab teringat.

Aku ingat lagi, masa tu aku darjah 3, umur 9 tahun, pertama kali family aku bawak bercuti kat Pulau Langkawi, seriously excited sangat. Naik flight, boat semua. First time kan.

Then, sampai kat pulau masa dalam perjalanan nak ke Tasik Dayang Bunting tu, ada horse riding. Aku teringin nak naik, tapi deorang cakap kuda tu bukan untuk naik. Then, its okay, aku tak naik. Abah aku nak pujuk aku, dia pun belai-belai muka *muka?* kuda tu.

Oleh sebab aku budak-budak lagi, aku pun belai lah kuda tu jugak, sebab aku rendah masa tu, aku main-main kat muka dia, mulut dia, hidung dia semua. Tetiba, KUDA TU GIGIT JARI AKU. Gigit manja je, tapi sebab aku budak-budak, so aku nangis. Haha.

Aku ingat lagi apa abah aku cakap, "Kuda tu ingat jari Kak Long roti kot". Haha. Apalah abah ni. 

Cabaran lepas:
2. Buku Kegemaran Aku
3. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
4. Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

5 comments:

  1. kelaka citer ni..skrg fobia tak tgk kuda?

    ReplyDelete
  2. Singgah sini. Anda telah ditag untuk liebster award...

    http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Salam singgah n done follow sini..:)
    jom follow blog http://bungakayangan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Done follow, yang ke 1000!!! hahaha, jom singgahh! TQ :D

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^