Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari: 5 Wishlist Aku

Hai dan salam sejahtera.

Maaf. Tak sempat nak publish entry ni pada tarikh yang sepatutnya. Sibuk sangat dengan kerja kat ofis minggu ni.

Hari ni pasal wishlist. Sebenarnya ada beberapa lagi wishlist yang aku tak letak kat sini sebab itu bukan keperluan utama aku sekarang, dan itu rahsia aku :D

Cabaran Hari 12: 5 Wishlist Anda


Wishlist 1
Nikah.
Aku target nikah sebelum 23 tahun. InshaAllah. Tak payah bash cakap aku gatal ke apa ye. Tuntutan agama jugak. Boleh menikmati masa muda bersama Sang Suami :)

Wishlist 2
Gamer Room.
Rumah sendiri yang ada bilik game atau theater room. Kat bilik ni ada set computer dan tv besar untuk main game dan layan movie. Kalau boleh lah. Nama pun wishlist kan. HAHA


Wishlist 3
New Sport Shoe.
Haha. Nak hantaran sport shoe boleh? Lepas kawen boleh pergi exercise sesama. Nak kasut Brooks. Kasut die design sangat sesuai ikut individu, dan sesuai untuk pelari jarak jauh. Design pun not bad.

Wishlist 4
Steamer Iron.
Walaupun macam lain macam atau ntah apa-apa je wishlist aku ni, tapi seriously aku memang nak beli ni. Banyak sebabnya. Senang nak iron baju, boleh iron langsir dengan cadar jugak. Then, kalau lepas kawen nanti senang nak iron baju kemeja suami :D


Wishlist 5
Bukak pusat kesihatan sendiri. 
Ni sebenarnya perancangan jangka panjang aku. Aku kene lah kerja untuk dapatkan banyak-banyak pengalaman dulu, carik duit modal. InshaAllah.

Cabaran lepas:
3. Sesuatu Yang Menguatkan Aku
4. Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku 
5. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
6. Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
7. Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

3 comments:

  1. blog cute2

    meh la joinnnnn

    http://www.shedaucu.com/2014/09/contest-blog-comel-by-sheda-ucu.html

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^