Friday, September 19, 2014

Cabaran 30 Hari: 1 Resepi Kegemaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap orang mesti ada makanan yang dia suka makan, suka masak dan macam-macam kesukaan dan kegemaran lain. Macam aku, aku sendiri pun ada resepi yang aku suka masak. Resepi ni sedap, ringkas dan yang paling penting, sesuai untuk orang bujang macam aku ni.

Aku pernah publish resepi ni masa tahun 2011 dulu, jadi aku copy+paste dari entry lepas je okay :D Resepi ni sangat sesuai dengan orang bujang yang malas nak keluar rumah beli barang.

Cabaran Hari 19: 1 Resepi Kegemaran Anda


Resepi: Nasi Goreng Hotdog.

Bahan-bahannya:
1- Minyak masak,
2- Nasi putih,
3- Hotdog / fishball,
4- Garam *kalau perlu*,
5- Telur ayam,
6- Sos cili,
7- Kicap.

Mula² panaskan minyak. Boleh jugak letak minyak sapi atau majerin atau apa² saja. Kuantiti minyak bergantung kepada kuantiti nasik dan segala bahan goreng tu.


Goreng hotdog atau fishball atau apa² saja yang korang suka sampai masak aka garing. Kalau tak nak letak pon tak apa sebab ni sebagai penambah menu dalam makanan saja.


Kemudian, masukkan nasi yang telah di masak dan gaulkan sampai sbati dengan hotdog goreng tadi. Nasi panas atau sejuk, dua² boleh. Tapi lebih sesuai untuk nasi yang sejuk sebab ni nasi goreng


Kemudian, masukkan telur ayam mentah dan gaulkan sampai sebati. Berapa biji, terpulang kepada korang punya nasi. Ada yang suka banyak, dan ada yang tak.


Selepas tu, masukkan sedikit garam *kalau perlu*. Untuk pemakanan sihat, tak payah letak pon tak pa sebab nanti nak letak kicap jugak.


Masukkan kicap dan gaulkan sampai rata. Kemudian, masukkan pula sos cili dan gaulkan jugak. Amount kicap dan sos ni bergantung kepada banyak nasi yang korang guna.


Dan yang paling terakhir sekali, hidangkan dan nasik goreng korang dah boleh dimakan. Boleh letak sos cili lagi kalau korang suka. Sesuai dimakan bersama air rebina ais :)


Mudah dan ringkas kan? Resepi ni aku reka sendiri sejak aku tingkatan 2 dulu. Masa tu zaman aku tak suka makan sayur. Mama suka buat masi goreng pakai banyak sayur. Tapi, sampai sekarang aku suka makan nasi goreng ni. Sedap!

Cabaran lepas:

1. Siapa Aku 10 Tahun Lagi 
2. 5 Cara Memenangi Hati Zayani Zulkiffli
3. Sesuatu Yang Menguatkan Aku
4. Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku 
5. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
6. Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
7. 5 Wishlist Aku

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

 

7 comments:

  1. sedapnye nasi goreng..ok done jalan2 n follow cni

    http://ummiammararif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah.. siap ada tuto ye, mesti sedap ni.. nanti mama try buat...

    ReplyDelete
  3. owh tak guna cili ye, ganti dengan sos.. Kalau Ros, mesti nak cili. hihihi

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^