Friday, September 26, 2014

Cabaran 30 Hari: Gajet Kesayangan Aku

Assalamualaikum dan hai.

Aku malas nak cerita pasal semua gajet yang aku ada sebab kalau cerita pasal hand-phone saja memang dah banyak. Jadi aku cerita pasal gajet aku yang aku rasa paling penting buat masa sekarang.

Cabaran Hari 26: Gajet Kepunyaan Anda

Desktop background: DotA 2 player, Dendi.
Dell Vostro 3450

Ini lah laptop pertama aku, yang sampai sekarang aku pakai. Masih laju dan berfungsi dengan baik sekali. Menggunakan Window 7 Professional dan CPU Intel Core i5 (2nd Gen) 2430M / 2.4 GHz. Keluaran 2010 tak silap aku.

Ada security finger print reader jugak. Dan yang paling aku suka papsal laptop ni adalah keybord. Keybord ni, kalau korang menaip atau touch pad dia, lampu keybord akan menyala. Jadi, kalau nak buat kerja dalam gelap pun, tak ada masalah. Screen pun anti-glare, jadi tak adalah masalah silai ke apa. Sangat awesome okay.

Dan yang paling best lagi laptop ni, dia boleh support game yang berat-berat macam DotA 2 dan Tropico 3. Nak main pun tak lagging, kecuali kalau internet yang slow.

Boleh rujuk sini untuk full specification tentang laptop Dell Vostro 3450: Click.

Cabaran lepas:

1. Siapa Aku 10 Tahun Lagi 
2. 5 Cara Memenangi Hati Zayani Zulkiffli
3. 1 Resepi Kegemaran
4. Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku 
5. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
6. Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
7. 5 Wishlist Aku
8. Siapa Aku Kalau Bukan Seorang Doktor?
9. Destinasi Percutian Impian

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari


 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^