Wednesday, September 24, 2014

Cabaran 30 Hari: Rumah Impian Aku

Salam semua.

Setiap orang ada impian masing-masing. Dalam entry ni aku bercakap tentang rumah impian. Dulu kecik-kecik macam-macam rumah aku nak. Kadang-kadang, bila nampak rumah yang lawa je, aku nak 'chop' dengan adik aku. Kononnya tu rumah aku.

Kecik dulu aku pernah impikan nak rumah Banglo dan Villa. Sebab ada swimming pool. Lepas tu rumah dia 2 tingkat. Sebab tu je. Then, aku pindah kat rumah 2 tingkat, baru aku tau betapa malasnya nak mendaki tangga tu. Haha :D

Cabaran 30 Hari: Rumah Impian Anda

Jadi, bila dah besar macam ni, rumah impian aku pun bertukar. In the future pun maybe akan tukar lagi, tapi untuk masa searang ni, ini lah impian aku. Fantasi dan realiti.


Fantasi: Rumah di tepi pantai

Yang ni InshaAllah boleh menjadi realiti. Tapi bak kata pepatah, "Kalau takut ombak besar, jangan berumah di tepi pantai". Aku suka udara kat tepi laut ni, nyaman je, tapi pada waktu yang sama, agak scary jugak kalau duduk rumah sesorang.

Dah lama sebenarnya aku teringin rumah ni. Tapi macam tak confident. Sebab nanti kalau duduk rumah sesorang, tak ada jiran nak tolong. Sekarang aku tetiba teringat movie "Twilight Breaking Dawn: Part 2". Yang rumah dia kat pulau tu. Best okay. Privacy is secure.


Realiti: Kondominium/ Service Apartment

Well. Ni yang dalam fikiran aku kalau dah mampu nak sewa rumah sendiri nanti. Sekarang pun share dengan kawan-kawan kerja. Kat kondo/apartment selalunya akan ada guard, jadi safe. Ada gym, swimming pool, padang aktiviti dsb. Mudah. Jiran pun ramai in case kalau aku nak mintak tolong ke apa kan.

Apa rumah impian korang pulak?

Cabaran lepas:

1. Siapa Aku 10 Tahun Lagi 
2. 5 Cara Memenangi Hati Zayani Zulkiffli
3. Sesuatu Yang Menguatkan Aku
4. Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku 
5. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
6. Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
7. 5 Wishlist Aku
8. Siapa Aku Kalau Bukan Seorang Doktor?
9. Destinasi Percutian Impian

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

 

4 comments:

  1. rumah tepi pantai dok ingat tsunami jd serammmm.....

    ReplyDelete
  2. Akak prefer rumah atas tanah.. Tak kesahla kecik ke besar.. Sebab kalau atas tanah, banyak benda boleh buat.. tanam bunga, buat mini garden.. Hehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. @Rosmiza Ali
    Aah kan. Tapi sekarang, rumah mcm tu dah mahal sgt. Haih~

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^